Tarikh : 4 September 2019 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Tumbuh-tumbuhan.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari Tumbuh-tumbuhan mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani tugasan pembentangan.