Tarikh : 4 Mei 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Seorang Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah cara untuk mendaftar diri untuk sambung belajar dengan mengisi UPU online.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada lepasan pelajar cara membuka laman web UPU online mengikut kehendak yang disediakan dan memilih jurusan mengikut tempat belajar yang telah dipilih oleh lepsan pelajar tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara untuk menggunakan komputer dengan sebaik yang mungkin.
Tarikh : 27 April 2019 Masa : 9.00 Pagi - 4.30 Petang Tempat :SMK Tobiar Peserta :Pelajar Sekolah & Belia |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti setempat dan mempromosikan pusat internet di daerah Pendang supaya dapat menggunakan kemudahan internet secara berhemah.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.Selain itu juga Petugas juga membuat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung dan pelajar sekolah.
Tarikh : 18 April 2019 Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Lembaga Zakat Negeri Kedah Peserta : 35 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada usahawan asnaf dibawah lembaga zakat negeri kedah cara untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dan Kaedah untuk mempromosikan produk ke dalam pasaran.
Aktiviti
Petugas mengajar asnaf untuk membuat blog dan pendaftaran akaun emel.Selain itu, petugas juga memberi taklimat berkaitan klik dengan bijak supaya mereka dapat menggunakan internet dengan cara yang betul.
Tarikh : 20 April 2019 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat :Chalet & Kem Warisan Ayahanda, Yan Peserta : Belia |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan belia dan mempromosikan pusat internet di daerah Pendang.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.
Tarikh : 11 April 2019 Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Lembaga Zakat Negeri Kedah Peserta : 24 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada usahawan asnaf dibawah lembaga zakat negeri kedah cara untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dan Kaedah untuk mempromosikan produk ke dalam pasaran.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti cara untuk mengambil gambar produk dengan menggunakan photobox supaya mendapat hasil gambar yang menarik dan teknik untuk mengedit gambar.Selain itu, petugas juga menunjukkan cara untuk mendaftar akaun shopee bagi tujuan menjual produk mereka didalam shopee tersebut.