Tarikh : 7 Januari 2023 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Excell ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell bagi menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Excell dan menerangkan tentang perisian yang boleh digunakan dalam Microsoft Excell .Selain itu, pelajar juga diajar membuat tugasan mengikut format akaun yang diberikan oleh guru mereka.
Tarikh : 10 Disember 2022 Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Canva web untuk membuat pamplet berkaitan haiwan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat pamplet mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru sekolah.
Tarikh : 26 Oktober 2022 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat :PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Staff Nurse |
Tujuan
kelas ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan Staff Nurse klinik desa.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar berkenaan cara untuk kemaskini HRMIS berkaitan aktiviti tugasan di klinik desa.
Tarikh : 24 November 2022 Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : PEDI Pondok Chegar Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas PEDI dengan komuniti. Selain itu program ini juga dijalankan untuk mempromosikan PEDI kepada komuniti.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti seperti teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna dan taklimat KDB. Selain itu juga,aktiviti bermain congkak dan kupas kulit epal juga diadakan.
Tarikh : 6 Oktober 2022 Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : PEDI Bukit Sekechong Peserta : Komuniti |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas PEDI dengan komuniti serta agensi dari jabatan swasta dan kerajaan. Selain itu program ini juga dijalankan untuk mempromosikan PEDI kepada komuniti.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti seperti teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna Online dan taklimat KDB. Selain itu juga,pelbagai pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta turut sama terlibat membuat aktiviti kepada komuniti serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh komuniti antaranya pemeriksaan kesihatan, pembukaan akaun tabung haji serta lain-lain lagi.