Tarikh : 20 Febuari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Haiwan.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari Haiwan mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka dan pelajar juga diajar cara berkomunikasi apabila menjalani tugasan pembentangan.
Tarikh : 12 Febuari 2020 Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat :SMK Tokai Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan Pelajar sekolah dan memberi taklimat dan advokasi KDB kepada pelajar serta mempromosikan pusat internet di daerah Pendang.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan online grooming iaitu menggunakan internet secara berkhemah dan selamat.
Tarikh :30 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Seorang Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi uptoten untuk digunakan sebagai pembelajaran.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti mewarna dengan menggunakan aplikasi uptoten supaya dapat mewarna dengan kemas dan cantik.selain itu juga pelajar dapat bermain puzzle dan menjawab beberapa soalan yang terdapat di dalam uptoten.
Tarikh :5 Febuari 2020 Masa : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi Tempat : Pekan Rabu Tanah Merah Peserta : Komuniti |
Tujuan
Edaran flyer ini dibuat memberi pendedahan tentang panduan mencari siaran tv digital.
Aktiviti
Petugas memberi makluman mengenai Siaran Tv Digital yang akan mengalami perubahan serta tergendala apabila di upgarade pada 18 Febuary 2020. Pihak kita memaklumkan kepada pengguna MyTV supaya mengikut langkah-langkah yang diberikan jika mengalami ganguan siaran selepas tarikh tersebut.
Tarikh : 23 Januari 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta : Wanita |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat kertas kerja perniagaan. Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat kertas kerja mengikut klasifikasi yang dikehendaki bagi memastikan kertas kerja perniagaan tersebut kemas dan menarik perhatian sesebuah organisasi.