Tarikh  : 4 Mei 2019

Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Bukit Raya Dalam

Peserta : Seorang Pelajar Lepasan Sekolah

 

Tujuan

Tujuan kelas  ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah cara untuk mendaftar diri untuk sambung belajar dengan   mengisi UPU online.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada lepasan pelajar cara membuka laman web UPU online mengikut kehendak yang disediakan dan memilih jurusan mengikut tempat belajar yang telah dipilih oleh lepsan pelajar tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara untuk menggunakan komputer dengan sebaik yang mungkin.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 27 April 2019

Masa : 9.00 Pagi - 4.30 Petang

Tempat :SMK Tobiar 

Peserta :Pelajar Sekolah & Belia

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti setempat dan mempromosikan pusat internet di daerah Pendang supaya dapat menggunakan kemudahan internet secara berhemah.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.Selain itu juga Petugas juga membuat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung dan pelajar sekolah.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 18 April 2019

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Lembaga Zakat Negeri Kedah

Peserta : 35 Orang

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada usahawan asnaf dibawah lembaga zakat negeri kedah cara untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dan Kaedah untuk mempromosikan produk ke dalam pasaran.

Aktiviti

Petugas mengajar asnaf untuk membuat blog dan pendaftaran akaun emel.Selain itu, petugas juga memberi taklimat berkaitan klik dengan bijak supaya mereka dapat menggunakan internet dengan cara yang betul.

Gambar Disini.

 

Tarikh  : 20 April 2019

Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat :Chalet & Kem Warisan Ayahanda, Yan

Peserta : Belia 

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan belia dan mempromosikan pusat internet di daerah Pendang.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kahoot,kuiz,teka silang kata dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 11 April 2019

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Lembaga Zakat Negeri Kedah

Peserta : 24 Orang

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada usahawan asnaf dibawah lembaga zakat negeri kedah cara untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dan Kaedah untuk mempromosikan produk ke dalam pasaran.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti cara untuk mengambil gambar produk  dengan menggunakan  photobox supaya mendapat hasil gambar yang menarik dan teknik untuk mengedit gambar.Selain itu, petugas juga menunjukkan cara untuk mendaftar akaun shopee bagi tujuan menjual produk mereka didalam shopee tersebut.

Gambar Disini