Assalamualaikum dan selamat datang ke portal rasmi PEDi Bukit Raya Dalam. Terima kasih kerana sudi melawat laman portal kami. PEDi Bukit Raya Dalam dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Tokai (PJK Tokai) kini telah dinaiktaraf kepada Pusat Internet  dan telah berpindah lokasi berhampiran kilang beras yang terletak di Jalan Bukit Raya Dalam. Pusat Internet Bukit Raya Dalam telah dibuka secara rasminya kepada komuniti pada 28 Mac 2016. Daftarlah sebagai ahli Pusat Internet, Bukit Raya Dalam dengan bayaran hanya RM5.00 (keahlian seumur hidup) dan anda layak menikmati pelbagai keistimewaan.

PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

FUNGSI

Tujuan utama PEDi diwujudkan adalah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar selain memperkenalkan cara penggunaan internet. Selain itu, tugas utama penubuhan PEDi ini adalah untuk memberi kesedaran tentang bahayanya jika salah cara penggunaan internet terutama dikalangan pelajar sekolah dan remaja. PEDi juga turut mengadakan kelas digital seperti pengenalan kepada software dan kelas usahawan online.

VISI

Menjadikan PEDi sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaiktarafkan sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

1) Membangunkan kompetensi sumber manusia Pusat Internet  dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang

2) Pengwujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.

3) Penggunaan teknologi (perkakasan aktiviti dan infrastruktur) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

OBJEKTIF PEDi :

  • 1.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • 2.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • 3.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.
  • 4.Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SEPERTI :

  • 1.Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
  • 2.Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
  • 3.Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian
  • 4.Perkhidmatan pencetak, Laminate, Binding dan Scan
  • 5.Pinjaman Netbook 1Malaysia selama sebulan
  • 6.Program latihan ICT , E- pembelajaran dan pembangunan modal insan
  • 7.Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

JUMLAH KEAHLIAN

PEDi Bukit Raya telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Internet Bukit Raya bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :-

Ahli Lama 1420
Ahli Baru Bulan Julai 2
Keseluruhan Ahli Pada Bulan Julai 2023 1422