Rimba Rekreasi Bukit Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sekitar Pendang kerana anugerah alam semulajadinya yang kekal terpelihara seperti air terjun 3 peringkat, singkapan berbatu, hutan pamah dipterokarpa dan pelbagai spesis flora seperti meranti dan lain-lain. Rimba rekreasi ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung seperti meredah hutan, mandi-manda, berkelah, dan juga kem musim panas.

   

                                                                                                                                                                                  

 

               

 

SEJARAH

Merupakan bekas kawasan paya dan sawah padi. Terletak dalam Mukim Air Putih. Ia merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi satu-satunya di Daerah Pendang. Pendang Lake Resort di kelilingi oleh kawasan sawah padi. Pembangunan asal oleh Majlis Daerah Pendang. Kemudian telah disewa kepada Wasilah Bumi (M) Sdn.Bhd. (Kini dikenali sebagai ZULHA Sdn. Bhd.) pada Jun 2004.Pendang Lake Resort turut dikenali juga sebagai Kolam Mada oleh penduduk setempat, kemudiannya ditukarkan kepada Rumah Rehat Pendang. Ia mula menjalankan operasi pada tahun 2003 dengan bilangan bilik hanya 10 buah, 1 dewan dan 2 asrama.Bermula pada 01 Januari 2006, Pendang Lake Resort telah memulakan operasi sepenuhnya dibawah pengurusan syarikat Wasilah Bumi (M) Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh bumiputera.Kini Pendang Lake Resort telah menapak atas nama Pendang Lake Resort Sdn. Bhd. pada 22 Mei 2008.

KELUASAN :

Keluasan 30 ekar,
Berdekatan Pekan Pendang (1 km)
Hanya 25 km ( 20 minit ) dari Bandaraya Alor Setar,
Jika anda mengunakan Lebuhraya Utara Selatan, gunakan susur keluar Tol Pendang ( 30 km dari Tol Pendang )Disamping lokasi yang strategik, Pendang Lake Resort
* Menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan
* Dikelilingi kawasan sawah padi pasti menyujudkan panorama yang indah dan mendamaikan
* Langskap yang menghijau, tasik yang terang dan suasana alam semulajadiAntara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di Pendang Lake Resort
* Kursus motivasi / seminar
* Mesyuarat dan taklimat
* Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK)
* Percutian dan rekreasi bersama keluarga
* Aktiviti sukan air
* Aktiviti kembara
* Perkhemahan
* Hari Keluarga Jabatan / Syarikat

 

 

                                                                                                                                                                         

 

Sub-kategori