Tarikh : 24 Febuari 2022 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Lepasan Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada lepasan pelajar untuk membuat kertas kerja perniagaan untuk mendapatkan bantuan perniagaan dari Pejabat RISDA.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat kertas kerja mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh Pejabat RISDA untuk dihantar melalui atas talian.