Anjuran bersama Group Facebook PendangPemberian bubur lambuk untuk warga Pendang secara PERCUMA dibahagikan secara berperingkat di Petronas Pendang, Shell Pendang dan Bazaar Pekan Pendang.

Datuk Nicol Ann David dilahirkan pada 26.8.1983, di Negeri Pulau Pinang oleh ibunya seorang yang berketurunan Cina iaitu Mary David hasil perkahwinan campur bersama Mr Desmond David berbangsa India.Datuk Nicol telah mula berjinak dan meminati permainan skuasy semasa beliau masih kecil ketika berusia 5 tahun.Apabila beliau berumur 8 tahun barulah beliau bermain, berlatih serta menyertai pertandingan skuasy.

Datuk Ann David sekarang adalah pemain nombor satu wanita dunia dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang gelaran tersebut kerana kejayaan beliau menjuarai dan naib juara dalam beberapa kejohanan pertandingan skuasy dunia boleh dikatakan berlangsung setiap tahun sejak dari tahun 2000 hinggalah sekarang termasuklah beberapa pertandingan skuasy bahagian Individu serta membantu pasukan Skuasy Malaysia dalam Sukan Komenwel dan Sukan Asia.Sebelum beliau memasuki pertandingan bahagian senior, beliau juga pernah menjuarai pertandingan dalam kejohanan Remaja Dunia semasa dalam usia remajanya.

Pada Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertarikh 4.6.2008, beliau telah dianugerahkan Pingat Darjah Bakti (DB) yang membawa gelaran Datuk kerana sumbangan jasanya mengharumkan nama negara ke seluruh dunia dalam bidang sukan skuasy.Semoga kejayaan Datuk Nicol Ann David akan memberi sinar kepada pemain pelapis negara untuk terus mengekalkan kejuaraan dunia agar dapat dipertahankan selepas tiba masa persaraannya kelak.

Wilayah dan cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Objektif AIM ialah :

Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.

Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.

Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :

- Pembiayaan Modal

- Impanan Wajib

- Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

Sumber : https://www.aim.gov.my/

Facebook AIM Pedang kedah : https://www.facebook.com/pages/Pejabat-Amanah-Ikhtiar-Malaysia-Cawangan-Pendang/677369772419714

Datuk Wira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliau masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

Beliau telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.