Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanPenyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas
ya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1)  Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2)  Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3)  Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/                 merawat lepuh;
  4. 4)  Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan                             larutan campuran kloroks;
  5. 5)  Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6)  Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas

 

 

Pengenalan

Penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Setiap tahun statistik penghidap jantung meningkat di sebabkan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman, pengambilan makanan tidak sihat serta beban kerja tinggi yang menyebabkan tekanan. Ini boleh dilihat melalui statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana anggaran penyakit jantung koronari adalah 40 000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian dianggarkan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di kalangan wanita.

Antara tanda serangan penyakit Jantung adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang kebas tangan kiri hingga sebahagian tengkuk, sakit pada bahagian tengah dada, sesak nafas, pening kepala, berpeluh dingin, jantung berdebar, letih lesu, rasa pitam dan pengsan.

Komplikasi utama yang akan dihadapi oleh pesakit kardiak selepas serangan jantung adalah limitasi dalam aktiviti harian, kesukaran dalam kembali bekerja, kurang daya tumpuan, mudah letih semasa melakukan aktiviti, sukar untuk bertenang serta masalah utama adalah dalam perhubungan seksualiti.

Program Pemulihan Jantung (CRP)

Perhubungan seksualiti amat penting bagi kehidupan pasangan yang telah berkahwin. Bagi pesakit jantung sama ada mereka telah melakukan pembedahan pintasan jantung atau tidak, kerisauan jelas terlihat semasa melakukan aktiviti seksual ini. Kajian juga menunjukkan penyebab utama permasalahan perhubungan seksualiti adalah perasaan ‘takut’.

Oleh yang demikian, proses pemulihan adalah sangat penting bagi pesakit jantung dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian mereka. Proses pemulihan jantung dibahagikan kepada 4 Fasa:

FASA 1

PROGRAM PESAKIT DALAM

FASA 2

PROGRAM PESAKIT LUAR

FASA 3

PROGRAM DALAM KOMUNITI

FASA 4

PENJAGAAN JANGKA MASA PANJANG

Sumber :http://www.myhealth.gov.my

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda Awal Strok Haba
  •  Sakit kepala berdenyut
  •  Mual
  •  Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  •  Denyutan nadi yang pantas
  •  Otot lemah dan kejang
  •  Muntah/rasa hendak muntah
  •  Kulit kering dan kemerahan
  •  Sawan
  •  Pitam
  •  Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara Rawat Mangsa Strok Haba

  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

 Cara Pencegahan Strok Haba
  •  Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  •  Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  •  Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  •  Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  •  Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.

Sumber : www.thevocket.com

INFO

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
  • Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
  • Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

Sumber :http://www.myhealth.gov.my

KLINIK KESIHATAN DESA KERAJAAN

KLINIK DESA BUKIT RAYA

Alamat : Klinik Keihatan Bukit Raya, Jalan Bukit Raya, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman

Tel : 04- 7598530

KLINIK DESA KAMPUNG RAMBAI

Alamat : Klinik Desa Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, 06660 Pendang, Kedah Darul Aman

Tel : 04-7590518

KLINIK DESA TOKAI

Alamat : Klinik Desa Tokai, Mukim Bukit Raya, 06660 Pendang, Kedah Darul Aman

Tel : 04-7644292

KLINIK DESA TANAH MERAH

Alamat : Klinik Desa Tanah Merah, Guar Kepayang, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman

Tel : 04-7595397

KLINIK 1 MALAYSIA
KLINIK 1 MALAYSIA PEKAN TANAH MERAH

Alamat : Klinik 1Malaysia Pekan Tanah Merah, No. 34 Taman Harmoni, Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman

Tel : 04-7599002