pemadamapi

 

Cara melepaskan diri dari bangunan terbakar 

1) Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain. Seelok-eloknya kain yang basah, ia bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk.

2) Apabila bergerak dalam bangunan yang berasap gunakan cara meraba-raba dengan tapak tangan mengarah kepada kita untuk menyentuh halangan dan juga bagi mengelakkan kejutan elektrik.

Saksikan video di link ini : https://www.youtube.com/watch?v=BbtPol_NgBM

Sumber : https://www.google.com/search?q=tips+keselamatan+kebakaran+di+tempat+kerja

Berikut dikongsikan beberapa tips penting ketika menghadapi musim banjir :
 

Dengar hebahan terkini yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau daerah yang berhampiran.

Selamatkan dokumen penting dan simpan didalam bekas kalis air.

Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain-main didalam longkang, sungai atau lombong.

Jangan minum air banjir.

Segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan lokasi anda.

  • Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran video, televisyen dan internet.

IBU PEJABAT POLIS (IPD) DAERAH PENDANG

Alamat : Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang
                Polis Diraja Malaysia
                Jalan Pekan Pendang
                06700 Pendang
                Kedah Darul Aman

No. Tel : 04/7596222

No.Fax : 04-7598391

Emel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Web     : www.rmp.gov.my

UNIT BOMBA DAN PENYELAMAT CAWANGAN PENDANG

No. Tel :  04-734 9307

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) CAWANGAN PENDANG

No. Tel : 04-7594824