Dengar hebahan terkini yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau daerah yang berhampiran.
Selamatkan dokumen penting dan simpan didalam bekas kalis air.
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain-main didalam longkang, sungai atau lombong.
Jangan minum air banjir.
Segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan lokasi anda.
- Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran video, televisyen dan internet.