Norizan Bt Tajudin merupakan usahawan untuk set penjagaan selepas bersalin dan set penjagaan bayi. Selain itu juga, beliau mempunyai kebolehan sebagai seorang bidan. Beliau mempunyai kemahiran untuk mengurut tubuh badan selepas bersalin, rawatan refleksologi, urutan bebas stress, urutan stroke dan urutan membuang angin. Dalam pakej penjagaan selepas bersalin, beliau menyediakan perkhidmatan seperti berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, berbengkung, berparam dan berpilis. Manakala, dalam set penjagaan bayi, beliau menyediakan perkhidmatan seperti urutan bayi, cukur rambut, mandi bayi dan bertuam. Beliau mempelajari teknik urutan daripada ibunya. Selain itu juga, beliau mengikuti beberapa kursus urutan bagi mempertingkatkan kemahiran beliau. Setiap bulan, beliau akan menghadiri kursus yang diadakan. Pada masa yang sama, beliau juga membuat herba-herba yang berkaitan dengan penjagaan dalaman wanita.

                                                                                                                                                                        

 

 

 

 

 

Seorang usahawan wanita, Siti Adibah Bt Abdul Malik membuktikan kebenaran pepatah melayu “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”. Usahawan muda yang berumur 25 tahun dan berasal dari Kg. Bukit Raya Dalam ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir setahun menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual selendang, songket, tudung dan minyak wangi dan terdapat juga pilihan tudung sarung terkini daripada Haziq Scarf, De Salma Exclusive, De Sahar, Succi, & Fabulous Colours.. Beliau mengusahakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual di rumahnya sahaja iaitu pada tahun 2014. Apabila beliau mempunyai modal yang lebih, beliau memperbesarkan skop perniagaanya dengan membuka gerai di pekan hari. Kini, pada tahun 2015 beliau telah membuka kedai di Mydin Mall, Alor Mengkudu, Alor Star Kedah sepanjang bulan Ramadhan bermula 6/6/2016 - 5/7/2016. Lokasi shoplot berdekatan foodcourt, terletak antara kedai telekomunikasi OPPO & Samsung. Perniagaan luar juga berjalan seperti biasa iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, Selasa, Rabu dan Khamis.

                                                                                                                                                                          

 

 

 

 

 

 

 

 

    

Mohamad Najib Bin Zainol atau panggilan mesra "Najib" memulakan perniagaan membuat perabot pada tahun 2000 dengan berbekalkan modal sebanyak RM30k melalui bantuan oleh Majlis Amanah Raya (MARA).
Beliau mengorak langkah pertama dengan menubuhkan syarikat persendirian iaitu "Perniagaan Bumi Mutiara". Beliau menghasilkan perabot di sebuah bengkel yang bertapak di rumahnya iaitu di Kg Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah Darul Aman.

Beliau yang juga merupakan suami kepada Norhafidah Nadzri dan ayah kepada 5 orang anak ini menjadikan pembuatan perabot sebagai kerjaya sepenuh masa. Usahawan muda yang berusia 36 tahun ini mengusahakan perniagaannya secara persendirian tanpa bantuan pekerja tambahan. Berkat hasil usaha beliau ini bermakna apabila telah dipilih oleh MARA sebagai penerima Anugerah Cemerlang & Usahawan Berjaya pada tahun 2007-2008.

Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari rakan kenalan dan saudara mara. Beliau juga selalu mendapat tender dari agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, beliau menggunakan media sosial untuk memasarkan produk yang dihasilkan melalui Facebook dan Instagram.

                                                                                                                                                                         

 

 

Menyedari bidang pembuatan kek memiliki potensi besar untuk dimajukan, Norhafidah bt Nadzri 32 tahun mengambil pendekatan untuk meniaga secara dalam talian.Wanita yang mesra dipanggil "ida" ini pada awalnya hanya suka-suka meletakkan gambar di Facebook tetapi ia mendapat perhatian daripada beberapa individu sehingga mereka membuat tempahan.

Hasil daripada titik tolak tersebut, kini beliau mengembang perniagaan kepada kek, roti, puding, acar & pekasam melalui  jenama NHN MUTIARA UTARA IEDA KITCHEN. Kemudahan internet memberi dimensi baru kepada beliau. Ini kerana, perniagaan yang diusahakan sejak Jun 2015 dengan dorongan suami menjadi mudah untuk urusan jual beli. Kemunculan laman  sosial Facebook & Instagram memudahkan proses pengiklanan.

                                                                                                                                                                         

 

 

         

Perniagaan tudung dan skaf ini berasal dari sebuah perniagaan online yang diasaskan oleh Nurwani Binti Azizan atau panggilan manjanya Wani. Usahawan muda yang baru berumur 23 tahun dan berasal dari Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang ini mencipta setiap rekaan tudung yang dijualnya. Beliau memasarkan koleksi rekaan tudungnya melalui media sosial facebook "Azirawani Scarf And Shawl" ( https://www.facebook.com/Azirawani-Scarf-Shawl-308634169333859/?fref=ts ) . Selepas 2 Tahun, beliau kini telah memiliki sebuah lot kedai di Pekan Pendang beralamat NO.1401 Bangunan Meranti, Jalan Stesen Bas Pendang, 06700 Pendang, Kedah. Belaiu juga memilki sebuah tapak jualan di LOT 93, Basar Kemboja Pendang yang dibuka setiap pagi hari Jumaat. Sebarang tempahan boleh dibuat ditalian whatsapp 019-4667191. Antara koleksi rekaan tudung di butik AZIRAWANI SCARF COLLECTION ini ialah bawal lis, bawal, square, bawal 3 tone, instant tone dan banyak lagi.