Norizan Bt Tajudin merupakan usahawan untuk set penjagaan selepas bersalin dan set penjagaan bayi. Selain itu juga, beliau mempunyai kebolehan sebagai seorang bidan. Beliau mempunyai kemahiran untuk mengurut tubuh badan selepas bersalin, rawatan refleksologi, urutan bebas stress, urutan stroke dan urutan membuang angin. Dalam pakej penjagaan selepas bersalin, beliau menyediakan perkhidmatan seperti berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, berbengkung, berparam dan berpilis. Manakala, dalam set penjagaan bayi, beliau menyediakan perkhidmatan seperti urutan bayi, cukur rambut, mandi bayi dan bertuam. Beliau mempelajari teknik urutan daripada ibunya. Selain itu juga, beliau mengikuti beberapa kursus urutan bagi mempertingkatkan kemahiran beliau. Setiap bulan, beliau akan menghadiri kursus yang diadakan. Pada masa yang sama, beliau juga membuat herba-herba yang berkaitan dengan penjagaan dalaman wanita.