PENGENALAN
Mukim Bukit Raya adalah salah sebuah dari 8 Buah Mukim dalam Daerah Pendang yang telah wujud Sejak sebelum Tahun 1935 lagi,dahulunya Pentadbiran Daerah Pendang (Daerah Kecil) dibawah Pegawai Daerah Kota Setar di Bangunan Wan Mat Saman.
Pada 1 FEBRUARI 1975 Pendang diisytiharkan Daerah baru menjadi Daerah yang Ke - 11 dalam Negeri Kedah. Persempadanan Mukim Bukit Raya adalah seperti berikut:-
* Utara : Mukim Tajar, Mukim Derga dan Mukim Pengkalan Kundur Dalam Daerah Kota Setar
* Selatan : bersempadankan Mukim Ayer Puteh dan Mukim Sala Besar Daerah Yan.
* Timur : dengan Mukim Tobiar, Mk Guar Kepayang dan Mk. Padang Pusing Di Daerah Pendang.
* Barat : bersempadan dengan Mukim Kangkong dan Mk. Sala Kecil Daerah Kota Setar.
STATISTIK MUKIM (DAERAH PENDANG)