Rimba Rekreasi Bukit Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sekitar Pendang kerana anugerah alam semulajadinya yang kekal terpelihara seperti air terjun 3 peringkat, singkapan berbatu, hutan pamah dipterokarpa dan pelbagai spesis flora seperti meranti dan lain-lain. Rimba rekreasi ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung seperti meredah hutan, mandi-manda, berkelah, dan juga kem musim panas.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/65-rimba-rekreasi-bukit-perak#sigFreeId6b89ea8ca9