Pendang Equestrian Centre (PEC) terletak di Pusat Rekreasi pendang iaitu berhampiran Petronas dan juga Pendang Lake Resort.PEC menawarkan kemudahan stable kuda, arena bersaiz standard, trek untuk Trail Ride dan padang rumput untuk aktiviti menunggang kuda. PEC juga menawarkan kelas sukan berkuda sesuai untuk penunggang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan untuk menunggang kuda

.

 

                                                                                                                                                                         

 

PENDANG - Pendang Waterfront yang terletak berhampiran Pendang Lake Resort di Pekan Pendang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai berikutan tarikan kolam renang kanak-kanak yang hanya mengenakan bayaran RM3 seorang.

Pengurus operasinya, Muhamad Ridzuan Aziz, 40, berkata, pusat riadah ini terbuka kepada semua golongan setiap hari bermula jam 3 petang sehingga 10 malam kecuali Isnin.

Menurutnya, pada hari cuti umum dan cuti sekolah, ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Pendang Watefront yang dibuka sejak 10 Disember tahun lalu turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu kanak-kanak bermain kolam, kios pelbagai makanan, surau dan juga tandas.

“Selain itu, Pendang Waterfront turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain seperti permainan buih, bot kayuh di tasik berhampiran, berbasikal dan motosikal serta kereta elektronik untuk kanak-kanak,” katanya.

Ridzuan berkata, dia dan tiga lagi rakan kongsinya menghasilkan idea pembinaan Pendang Waterfront ini kerana di daerah ini belum ada pusat riadah yang berkonsepkan kolam mandi untuk kanak-kanak.

“Sejak ianya dibuka kepada orang ramai, lebih 30 ribu pengunjung telah datang ke pusat riadah keluarga ini.

“Kita hanya benarkan kanak-kanak 12 tahun untuk mandi-manda dan insya-ALLAH  pada masa hadapan kita akan memperluaskan kawasan ini dan turut menyediakan kolam dewasa.

“Ini adalah tempoh percubaan, sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menyarankan kepada pihak majlis daerah untuk pembinaan kolam dewasa,” ujarnya.

Tambah Ridzuan, pusat riadah ini mempunyai 15 kios yang menyediakan pelbagai menu makanan dengan harga yang berpatutan.

“Bagi satu masa, kolam ini mampu memuatkan 100 kanak-kanak.

“Keluasan kolam 80x20 ini mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan sasarkan sifar risiko lemas kerana tapaknya yang mendatar,” jelasnya.

Tambah Ridzuan, sekiranya mendapat kelulusan majlis daerah, pihak pengurusan akan turut menyediakan kolam memancing udang bagi tujuan merancakkan lagi kawasan Pendang Waterfront ini.

“Pengunjung dari luar negeri juga turut datang ke sini kerana harga yang kita kenakan sangat murah,” katanya.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Masuri, 31, berkata,  ini adalah kali keempat dia membawa anak-anaknya.

“Selain daripada murah, kawasan riadah ini sangat selesa kerana turut disediakan ruang menunggu untuk memantau anak-anak meskipun kita tidak boleh mandi bersama,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pendang-waterfront-tarikan-baharu-1.624136

Sumber gambar : http://menarikdi.com/pendang-waterfront/

 

                                                                                                                                                                         

 

Pasar Kemboja telah memulakan operasinya di Pendang buat pertama kalinya pada 19 September 2014. Bertempat di Tapak Pekan Sabtu, Pendang. Beruntungnya komuniti di Pendang kerana menjadi lokasi pilihan kerana barangan yang dijual di pasar ini sangat murah berbanding pasar tani yang lain. Bersebelahan dengan Pendang Lake Resort (dari Pasar Kemboja Pendang anda boleh nampak Pendang Lake Resort) dan Stesen Bas Pendang (antara laluan utama untuk ke Pasar Kemboja ).

Pasar Kemboja Pendang menawarkan pelbagai pilihan busana wanita seperti blaus, skirt, dress dan pelbagai jenis tudung mengikut trend terkini dengan harga yang murah dan mampu milik. Menariknya di Pasar Kemboja Pendang ini selain menjual pakaian wanita, terdapat juga penjual yang menjual lukisan tanpa warna "painting by number" dimana lukisan ini telah dilukis terlebih dahulu dan dimasukkan kod warna yang perlu digunakan. 

Bagi mereka yang menggemari hiasan dalaman rumah, terdapat pelbagai jenis bunga dan pasu yang sangat cantik untuk dibuat hiasan. selain itu, dipasar kemboja ini juga menawarkan pelbagai jenis karpet dan tikar yang dibuat dari material berkualiti dan reka bentuknya juga sangat moden dan cantik. Jadi tidak hailranlah jika 70% pengunjung pasar kemboja ini terdiri daripada golongan wanita.

Sumber : diyanamohamed.blogspot.my dan www.facebook.com/amanmakmurevent

                                                                                                                                                                        

 

 

Pendang Suite Hotel menawarkan perkhidmatan penginapan hotel yang ekonomi, selesa dan strategik di pekan Pendang.

Harga Bilik :

Standard Queen Room :
Weekdays (Sunday - Thursday) : RM68
Weekend (Friday - Saturday) : RM78
Peak (School & Public Holiday) : RM88
Superior Queen Room :
Weekdays (Sunday - Thursday) : RM88
Weekend (Friday - Saturday) : RM98
Peak (School & Public Holiday) : RM108
Deluxe Family Room :
Weekdays (Sunday - Thursday) : RM128
Weekend (Friday - Saturday) : RM138
Peak (School & Public Holiday) : RM148
Prasarana / lokasi yang berdekatan:
1. Exit Tol Pendang (10 minit)
2. Pek
an Pendang (2 minit)
3.'Pendang Lake Resort' (5 minit)
4. Stesen minyak Petronas dan Shell ( 5 minit)
5. CIMB Bank, Agro Bank, BSN, Bank Rakyat dan Tabung Haji(ATM Bank Islam)( 5 minit)
6. Masjid Pekan Pendang .(5 minit)
7. Majlis Daerah Pendang.(5 minit)
8. Medan Selera, Restoran, KFC, Pizza Hut, 7e,Pasaraya (5 minit)
9. Pusat Rawatan Hemodialysis (5 minit)
10. Stesen Bas dan Teksi.(5 minit)
Untuk Tempahan :
Alamat :
Pendang Suite Hotel
No.12 Taman Sukamari
Jalan Sukamari
06700, Pendang
Kedah Darul Aman
No.Telefon:
04-7590203 / 014-2430011
                                                                                                                                                                        
 
 

Idaman Homestay Pendang merupakan sebuah Rumah Semi D yang terletak di Taman Berjaya, Batu Menunggul, Pendang Kedah. Homestay ini menawarkan perkhidmatan untuk sewa harian, bulanan dan tahunan. Pelanggan yang menyewa disini pasti akan merasa selesa dengan keadaan homestay yang selesa dan menarik ini.

 

Kemudahan Asas

-3 Bilik Tidur (2 Berhawa Dingin)., 2 Bilik Air
-Fully Furnished
-Hanya 2 minit (1.5km) Sahaja Dari Susur Keluar/Masuk Lebuhraya Utara-Selatan
-5 Minit Sahaja Ke Pekan Pendang
-Hanya 15minit Ke Bandaraya Alor Star
-Berdekatan Dengan Pasaraya, Restoran, Gerai Makan, Bank dan Petronas.

Untuk Tempahan

No.Telefon : 0123883531
Alamat : 45 Taman Berjaya
Batu Menunggul, 06700
Pendang, Kedah
Harga Rate/Hight : RM150



Sumber : idamanhomestaypendang.blogspot.com

                                                                                                                                                                         

 

 

Sub-kategori