Pasar Kemboja telah memulakan operasinya di Pendang buat pertama kalinya pada 19 September 2014. Bertempat di Tapak Pekan Sabtu, Pendang. Beruntungnya komuniti di Pendang kerana menjadi lokasi pilihan kerana barangan yang dijual di pasar ini sangat murah berbanding pasar tani yang lain. Bersebelahan dengan Pendang Lake Resort (dari Pasar Kemboja Pendang anda boleh nampak Pendang Lake Resort) dan Stesen Bas Pendang (antara laluan utama untuk ke Pasar Kemboja ).

Pasar Kemboja Pendang menawarkan pelbagai pilihan busana wanita seperti blaus, skirt, dress dan pelbagai jenis tudung mengikut trend terkini dengan harga yang murah dan mampu milik. Menariknya di Pasar Kemboja Pendang ini selain menjual pakaian wanita, terdapat juga penjual yang menjual lukisan tanpa warna "painting by number" dimana lukisan ini telah dilukis terlebih dahulu dan dimasukkan kod warna yang perlu digunakan. 

Bagi mereka yang menggemari hiasan dalaman rumah, terdapat pelbagai jenis bunga dan pasu yang sangat cantik untuk dibuat hiasan. selain itu, dipasar kemboja ini juga menawarkan pelbagai jenis karpet dan tikar yang dibuat dari material berkualiti dan reka bentuknya juga sangat moden dan cantik. Jadi tidak hailranlah jika 70% pengunjung pasar kemboja ini terdiri daripada golongan wanita.

Sumber : diyanamohamed.blogspot.my dan www.facebook.com/amanmakmurevent