Pusat Pembiakan Kerbau Tenusu TKPM Tobiar ini terletak di Daerah Pendang, Kedah Darul Aman. Objektif utama pusat ini adalah sebagai tempat untuk memperkembangkan baka kerbau tenusu Murrah yang diperolehi dari Negara India. Kemasukan ternakan kerbau ini dibuat pada 5 Januari 2010. Keluasan keseluruhan pusat ini adalah seluas 320 ekar tetapi pusat hanya mengguna pakai seluas 40 ekar termasuk kandang dan padang ragut. Seluas 180 ekar telah diberikan kepada penternak sekeliling dan 100 ekar diberikan kepada MADA untuk projek tanaman buah mangga.

Terdapat 3 buah kandang ternakan di pusat ini yang mana ianya adalah kandang terdahulu yang memerlukan pembaikpulihan. Walau bagaimanapun peruntukan dari Seksyen Tenusu, Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar pada tahun 2010 telah berjaya membaikpulih sebuah kandang yang boleh menempatkan 30 ekor induk kerbau dan 40 ekor anak kerbau berumur bawah 1 tahun. Selain kandang, bangunan bilik susu dan tempat pemerahan susu dilengkapi dengan peralatan pemerahan susu dan kemudahan lain juga telah dibangunkan. Produktiviti Pusat Pembiakan Kerbau Tenusu TKPM Tobiar.