Pernigaan Roti dan Kek Badreeta ini diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Izmeerita dan Encik Badrul yang berasal dari Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang. Pada awalnya mereka memulakan pernigaan dengan hanya meletakkan kek dan roti di kantin-kantin sekolah sekitar Mukim Bukit Raya. Roti dan kek ketika itu dihasilkan di sebuah bengkel milik mereka sendiri yang terletak di Jalan Bukit Raya Dalam (menghadap Dewan Haji Rashid). Kini bengkel tersebut dijadikan bengkel membuat kuih dan biskut raya ketika musim perayaan. Kini perniagaan Badreeta telah berkembang maju selepas 10 tahun. Mereka kini memiliki sebuah lot kedai dua tingkat yang terletak di Pekan Pendang beralamat No.3A & 3B, Bangunan Melor, Majlis Daerah Pendang, dimana semua kek dan roti dihasilkan dan dijual terus disitu. Antara produk terbaru mereka adalah roti, pizza, kek, bun, pastry, waffel, jagung kukus dan makanan sejuk beku seperti karipap dan samosa.