Mohamad Najib Bin Zainol atau panggilan mesra "Najib" memulakan perniagaan membuat perabot pada tahun 2000 dengan berbekalkan modal sebanyak RM30k melalui bantuan oleh Majlis Amanah Raya (MARA).
Beliau mengorak langkah pertama dengan menubuhkan syarikat persendirian iaitu "Perniagaan Bumi Mutiara". Beliau menghasilkan perabot di sebuah bengkel yang bertapak di rumahnya iaitu di Kg Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah Darul Aman.

Beliau yang juga merupakan suami kepada Norhafidah Nadzri dan ayah kepada 5 orang anak ini menjadikan pembuatan perabot sebagai kerjaya sepenuh masa. Usahawan muda yang berusia 36 tahun ini mengusahakan perniagaannya secara persendirian tanpa bantuan pekerja tambahan. Berkat hasil usaha beliau ini bermakna apabila telah dipilih oleh MARA sebagai penerima Anugerah Cemerlang & Usahawan Berjaya pada tahun 2007-2008.

Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari rakan kenalan dan saudara mara. Beliau juga selalu mendapat tender dari agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, beliau menggunakan media sosial untuk memasarkan produk yang dihasilkan melalui Facebook dan Instagram.