http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/94-norhafidah-nadzri-nhn-mutiara-utara#sigFreeId0d4147e26b
Menyedari bidang pembuatan kek memiliki potensi besar untuk dimajukan, Norhafidah bt Nadzri 32 tahun mengambil pendekatan untuk meniaga secara dalam talian.Wanita yang mesra dipanggil "ida" ini pada awalnya hanya suka-suka meletakkan gambar di Facebook tetapi ia mendapat perhatian daripada beberapa individu sehingga mereka membuat tempahan.
Hasil daripada titik tolak tersebut, kini beliau mengembang perniagaan kepada kek, roti, puding, acar & pekasam melalui jenama NHN MUTIARA UTARA IEDA KITCHEN. Kemudahan internet memberi dimensi baru kepada beliau. Ini kerana, perniagaan yang diusahakan sejak Jun 2015 dengan dorongan suami menjadi mudah untuk urusan jual beli. Kemunculan laman sosial Facebook & Instagram memudahkan proses pengiklanan.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/94-norhafidah-nadzri-nhn-mutiara-utara#sigFreeIdf5f1228536