Suraya Yaacob, wakil rakyat bagi Dun Sungai Tiang (Pendang) bukanlah satu nama kecil dalam dunia politik UMNO serta dunia politik di negeri Kedah terutamanya di kawasan Pendang. Pengaruh pemegang ijazah undang-undang dari Cardif University, UK sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang tidak boleh siapa sangkal kerana terbukti kemampuannya memimpin wanita UMNO di bahagian dan menjaga kebajikan penduduk di kawasannya telah melayakkan beliau menjadi wakil rakyat selama tiga penggal berturut-turut. Bermula pada tahun 2004 bertanding di DUN Sungai Tiang (Pendang) sebagai calon BN yang ketika itu mewakili Puteri UMNO, Suraya telah menang dengan majoriti yang agak besar iaitu 4250 undi. Pada PRU12 iaitu pada tahun 2008 sekali lagi suara akar umbi mahukan Suraya yang ketika itu masih mewakili pergerakan Puteri tetap kekal sebagai calon di DUN Sungai Tiang. Walau pun pada PRU12 tsunami politik telah melanda BN sehinggakan negeri Kedah serta beberapa negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Suraya tetap mempertahankan kerusi BN di DUN Sungai Tiang dengan kemenangan majoriti 3006 undi. Pada PRU13 yang baru saja berlalu, Suraya yang betanding atas tiket Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang telah menunjukkan kemampuannya sekali lagi apabila memenangi dengan jumlah majoriti undi yang begitu tinggi iaitu 6994 undi.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/60-wanita#sigFreeId3285d2cdb1