Nama acara / program

Majlis Bacaan Yassin

Tarikh & Masa

30 Disember 2017 

( 3.00 Petang - 6.00 Petang)

 

Tujuan

Majlis bacaan yassin ini diadakan untuk memberi kesejahteraan dan kesembuhan kepada petugas Pusat Internet 1Malaysia yang menerima ujian dari Allah S.W.T.

Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dengan Petugas.

Gambar disini

Nama acara / program

Kelas Tayangan Video Klik Dengan Bijak

Tarikh & Masa

27 Disember 2017 

( 2.00 Petang - 4.00 Petang)

 

Tujuan

Tayangan Video ini ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara penggunaan internet secara bijak supaya tiada ada peyalahgunaan internet dimasa akan datang dan dapat membantu pelajar supaya berhati-hati dalam melayari internet supaya tidak terjebak dengan laman sosial yang tidak berfaedah.

Gambar disini

 

Nama acara / program

Program Klik Dengan Bijak Sempena Karnival Kepenggunaan Di Mini Stadium Pendang

Tarikh & Masa

2 Disember 2017 - 3 Disember 2017

( 9.00 Pagi - 6.00 Petang)

 

 

Tujuan

Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.

Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan PI1M yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.

Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti

Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.

Aktiviti Sokongan : Kuiz KDB, Bowling ICT Padang Dan Dam Ular

 

Gambar disini

Nama acara / program

Kelas Microsoft PowerPoint

Tarikh & Masa

12 Disember 2017 

( 2.00 Petang - 4.00 Petang)

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan microsoft powerpoint kepada pelajar. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya nanti dapat digunakan dalam sesi pembelajaran akan datang. Selain itu juga dengan pembelajaran ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan komuniti setempat.

Nama acara / program

Program Klik Dengan Bijak & Dashboard Sempena Pelancaran Menarik Di Pendang

Tarikh & Masa

23 November 2017 - 26 November 2017

(9.00 Pagi - 10.00 Malam)

 

 

Tujuan  

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan dan kebaikan dashboard komuniti. Selain itu,klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.

Aktiviti 

Aktiviti utama program tersebut adalah aktiviti yang berkaitan dengan dashboard komuniti.Aktiviti dashboard merangkumi taklimat modul-modul, muat turun aplikasi dashboard komuniti, my health (pemeriksaan kesihatan), My Komuniti (hebahan komuniti setempat), My Soal (aduan komuniti setempat) dan my shop (produk usahawan)

Petugas juga memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan