DEWAN HAJI RASHID

 

Terletak di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang Kedah. Dewan ini dibina untuk kemudahan penduduk kampung untuk sebarang mesyuarat atau aktiviti komuniti. Dewan ini lengkap dengan kemudahan asas seperti meja, kerusi,elektrik, kipas dan tandas. Terdapat juga perkhidmatan wifi Kampung Tanpa Wayar yang dibina oleh Suhuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kemudahan internet kepada penduduk Kampung Bukit Raya Dalam.

DEWAN HAJI HASSAN

Dewan tersergam indah ini dibina oleh Pejabat Daerah Pendang untuk kemudahan penduduk Kampung Rambai, Pendang Kedah. Pelbagai aktiviti seperti mesyuarat serta aktiviti komuniti dapat dilakukan di dewan ini. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja, kerusi,elektrik, kipas dan tandas menjadikan dewan ini serba lengkap dan selesa untuk digunakan. Terdapat juga perkhidmatan wifi Kampung Tanpa Wayar yang dibina oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kemudahan internet kepada penduduk Kampung Rambai.