1.USAHAWAN BARANGAN TERPAKAI (BUNDLE)

Nama : Muhamad Zarif Bin Rohan

Umur : 28 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Muhamad Zarif Rohan atau nama timang-timangannya ialah ‘zarip bundle’. Beliau merupakan lepasan universiti dan beliau menceburi bidang perniagaan ketika beliau sedang belajar. Selepas beliau tamat pengajian di university, beliau meneruskan perniagaan barangan terpakai sehinggalah kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengendalikan perniagaan barangan terpakai menggunakan konsep Carboot Sale serta mengambil tempahan alter jeans melalui mulut-mulut penggemar bundle sekitar Alor Star atau Whatsapps sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Zarif telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan tanpa menggunakan sijil pengajian beliau. Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjual barangan ‘Bundle’ atau barangan terpakai yang berkualiti dan berjenama serta alter jeans. Beliau kini terkenal dengan barangan Bundle dan barang terpakai di serata negeri Kedah dengan nama ‘Aisy Bundle’.

 

2.USAHAWAN YANG MENJUAL PELBAGAI PRODUK YANG MENJADI LEADER SALES DAN MASTER STOKIS BAGI KOSMETIK KELUARAN MOLLY DOLLY ANTARANYA JUS ZAHRA DAN VITAMIN E FACE&NBSP.

Nama :Nor Hanisah Bt. Mohd Nazair

 Umur : 28 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Nor Hanisah Bt. Mohd Nazair atau nama timang-timangannya ialah ‘Nisa’. Beliau merupakan peniaga kecil-kecilan dengan menjadi ejen dropship kosmetik pada mulanya.Sebagai suri rumah, beliau bertekad untuk membantu suami beliau menyara kehidupan seharian mereka.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengendalikan perniagaan produk kosmetik dan kesihatan menggunakan konsep Table Sale di tapak pasar Kemboja, Pekan Pendang. Perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet tentang Modul Keusahawanan ketika di sebuat event di Pasar Kemboja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Nisa telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan. Niat murni beliau untuk membantu suami dirahmati tuhan. Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook. Beliau didedahkan dengan aplikasi viva video untuk membuat video testimoni barangan kosmetik beliau.

 

3.CELIK IT

Nama: Muhammad Ismail Mokhtar

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Ismail merupakan lepasan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Pendang. Beliau ingin melanjutkan pelajaran di institut kemahiran tinggi tetapi menurutnya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat. Oleh hal yang demikian, beliau ingin mempelajari asas komputer di Pusat Internet sebelum melangkah ke arah yang lebih jauh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, seperti memohon peluang pengajian secara online.