USAHAWAN MEMBUAT KEK, ROTI, PUDING, ACAR IKAN TALANG SERTA PEKASAM

 Nama : NORHAFIDAH BINTI NADZRI

Umur : 32 TAHUN 

Ahli : 2016

Latar belakang

Seorang usahawan wanita, Norhafidah Binti Nadzri membuktikan kebenaran pepatah melayu “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”. Usahawan kretif yang berumur 32 tahun dan berasal dari Kg. Bukit Raya Dalam ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir setahun menjalankan perusahaan menghasilkan produk makanan seperti kek, roti, puding, acar ikan talang dan pekasam. Kisah kejayaan ibu kepada lima orang anak ini bermula pada pertengahan tahun 2015 apabila dia berusaha mencari jalan untuk membantu menambah pendapatan suami di samping minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet  tentang Modul Keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet memudahkan beliau untuk mempelajari setiap menu baru yang menjadi sebutan ramai mengikut peredaran masa . Ini kerana, internet merupakan jalan mudah dan tepat untuk beliau mendapatkan resepi dan cara pembuatan sesuatu menu tanpa perlu bersusah payah mengikuti kelas masakan. Internet juga membantu beliau untuk memasarkan setiap produk atas jenama “Ieda Kitchen” yang beliau hasilkan dengan cepat dan luas melalui penggunaan rangkaian media sosial. Di samping itu, beliau dapat belajar selok-belok menguruskan perniagaan supaya lebih terancang dan sistematik. Kemunculan laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memudahkan proses pengiklanan kerana pelanggan boleh membuat tempahan melalui media sosial di atas tanpa perlu datang ke rumah beliau. Secara tidak langsung, masyarakat di luar sana tahu akan kewujudan produk “Ieda Kitchen” ini.