1. USAHAWAN MENJUAL SHAWL, TUDUNG BAWAL, KAIN SONGKET

Nama : Siti Adibah Bt Abdul Malik

Umur : 25 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Seorang usahawan wanita, Siti Adibah Bt Abdul Malik membuktikan kebenaran pepatah melayu “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”. Usahawan muda yang berumur 25 tahun dan berasal dari Kg. Bukit Raya Dalam ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir setahun menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual selendang, songket, tudung dan minyak wangi dan terdapat juga pilihan tudung sarung terkini daripada Haziq Scarf, De Salma Exclusive, De Sahar, Succi, & Fabulous Colours.. Beliau mengusahakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual di rumahnya sahaja iaitu pada tahun 2014. Apabila beliau mempunyai modal yang lebih, beliau memperbesarkan skop perniagaanya dengan membuka gerai di pekan hari. Kini, pada tahun 2015 beliau telah membuka kedai di Mydin Mall, Alor Mengkudu, Alor Star Kedah sepanjang bulan Ramadhan bermula 6/6/2016 - 5/7/2016. Lokasi shoplot berdekatan foodcourt, terletak antara kedai telekomunikasi OPPO & Samsung. Perniagaan luar juga berjalan seperti biasa iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, Selasa, Rabu dan Khamis.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan melebih ratusan ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memasarkan tudung di media sosial. Selain membuka kedai, beliau juga menjalankan perniagaan online. Berdasarkan pemerhatiannya, jualan online lebih lumayan berbanding jualan harian. Ini kerana, skop pelanggannya melalui jualan online sangat meluas dan merangkumi semua negeri. Setiap hari, pelanggan akan menempah tudung atau songket melalui FB Messenger, Whatsapp, Wechat dan Telegram

 

2.USAHAWAN JUS SARANG BURUNG WALID DAN FAJAR MENYINSING

Nama : Muhamad Faizuddin Bin Kadir

Umur : 25 Tahun

Ahli : 2016

  

Latar belakang

Seorang usahawan muda, Muhamad Faizuddin Bin Kadir telah membuktikan kepada semua bahawa kegagalan merupakan sebuah kejayaan. Usahawan muda ini telah beberapa kali gagal dalam perniagaan yang dijalankannya. Beliau berumur 25 tahun yang berasal dari Kg Bukit Raya Dalam telah Berjaya memasarkan produk di serata negeri

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau sangat tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai gerai untuk mempromosi produk tersebut. Tetapi selepas beliau menggunakan internet untuk promot produk, pendapatan beliau mencecah ratusan ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Wechat dan sebagainya. Melalui internet, beliau dapat memasarkan produk dengan cepat serta dapat merangkumi skop yang luas. Secara tidak langsung, ia menjadikan beliau sebagai usahawan online dan beliau juga telah memiliki sijil meniaga online yang telah diperakui.