1. USAHAWAN MEMBUAT ROTI DAN KEK

Nama : Noorshuhada Bt Mahmud

Umur : 34 Tahun

Ahli : 2016

 

 

Latar belakang

Usahawan Noorshuhada Mahmud merupakan usahawan membuat tempahan kek dan roti. Beliau mengusahakan perniagaan pada tahun 2006 dengan bermodalkan rm5000. Beliau membuka sebuah kedai yang bernama Hani’s Bakery di Gurun, Kedah setelah beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan ini. Walaupun Noorshuhada sudah mempunyai kedai tetapi beliau masih mengikuti beberapa kursus membuat roti bagi memperbaiki kemahiran beliau. Terdapat pelbagai jenis roti yang dihasilkan menggunakan resepi beliau sendiri. Selain itu juga, beliau telah menjadi agen dropship untuk beberapa produk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan produk beliau. Setelah penggunaan internet,pendapatan beliau telah mencecah ribuan ringgit. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat memasarkan produk di laman  

sosial. Selain itu juga dengan penglibatan PI, beliau telah mempelajari cara menggunakan Adobe Photoshop bertujuan untuk melakar label produk

beliau.

2.USAHAWAN MENJUAL SHAWL, TUDUNG BAWAL, KAIN SONGKET

Nama :Siti Adibah Bt Abdul Malik

Umur : 25 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Seorang usahawan wanita, Siti Adibah Bt Abdul Malik membuktikan kebenaran pepatah melayu “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”. Usahawan muda yang berumur 25 tahun dan berasal dari Kg. Bukit Raya Dalam ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir setahun menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual selendang, songket, tudung dan minyak wangi dan terdapat juga pilihan tudung sarung terkini daripada Haziq Scarf, De Salma Exclusive, De Sahar, Succi, & Fabulous Colours.. Beliau mengusahakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual di rumahnya sahaja iaitu pada tahun 2014. Apabila beliau mempunyai modal yang lebih, beliau memperbesarkan skop perniagaanya dengan membuka gerai di pekan hari. Kini, pada tahun 2015 beliau telah membuka kedai di Mydin Mall, Alor Mengkudu, Alor Star Kedah sepanjang bulan Ramadhan bermula 6/6/2016 - 5/7/2016. Lokasi shoplot berdekatan foodcourt, terletak antara kedai telekomunikasi OPPO & Samsung. Perniagaan luar juga berjalan seperti biasa iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, Selasa, Rabu dan Khamis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan melebih ratusan ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memasarkan tudung di media sosial. Selain membuka kedai, beliau juga menjalankan perniagaan online. Berdasarkan pemerhatiannya, jualan online lebih lumayan berbanding jualan harian. Ini kerana, skop pelanggannya melalui jualan online sangat meluas dan merangkumi semua negeri. Setiap hari, pelanggan akan menempah tudung atau songket melalui FB Messenger, Whatsapp, Wechat dan Telegram