1.USAHAWAN MENJUAL SET WANGIAN LELAKI DAN PEREMPUAN (PERFUME DIANDRE)

Nama : Amylia Zakiah Ahmad Zuki

Umur : 25 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Amylia Zakiah merupakan usahawan menjual dan mempromosi pewangi lelaki dan perempuan yang bernama Diandre perfume. Beliau mula mengusahakan perniagaan ini apabila mendapat tawaran daripada sahabat beliau untuk mempromosikan produk ini di laman sosial. Amylia tidak mempunyai pekerjaan sejak tamat universiti. Tetapi, dengan adanya produk ini, beliau dapat menambah pendapatan dengan hanya menggunakan media sosial sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.

 

2.USAHAWAN MENJAHIT BAJU

Nama : Rosnah Bt Abd Kadir

Umur :41 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Usahawan Rosnah Abd Kadir merupakan seorang penjahit baju yang terkemuka di Bukit Raya dan sekitar daerah yang berhampiran. Beliau terkenal kerana mempromosikan baju yang dijahit serta perkhidmatan di Facebook. Beliau telah mula menjahit sejak 10 tahun yang lalu. Namun, beliau hanya menjahit baju untuk jiran tetangga serta saudara mara sahaja. Setelah adanya Pusat Internet, beliau dapat belajar cara menggunakan facebook. Beliau sering melayari internet untuk mencari idea tentang gaya fesyen yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang ramai. Setelah menggunakan sosial media, beliau dapat memberitahu pelanggannya jika baju yang dijahit telah siap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau memaparkan lakaran baju yang dijahit di Facebook. Beliau juga sering ke PI untuk mencari lakaran lakaran baju yang terkini.