1.USAHAWAN MENJUAL BARANG SECARA ONLINE

Nama :Suhaila Bt Shafie

Umur  : 24 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Usahawan Suhaila Shafie merupakan seorang usahawan menjual barang kesihatan, kecantikan secara Online. Beliau menggunakan internet sebagai salah satu platform untuk menjual barang barang tersebut. Beliau membuka gerai secara kecil kecilan di hadapan rumah serta menjual secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat mempromosikan produk di serata negeri. Pembeli juga boleh didapati dari pelbagai pelusuk negeri.

 

2.USAHAWAN MENJUAL TUDUNG BAWAL PUCCI

Nama : Norzatul Sheema Bt Darus

Umur  : 26 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Zatul Sheema merupakan usahawan menjual dan mempromosi tudung bawal Pucci. Beliau meniaga secara online walaupun sudah mempunyai kerja di sebuah syarikat. Dengan perniagaan online beliau dapat menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.