1.USAHAWAN PENTERNAK KAMBING UNTUK DIJUAL

Nama : Mohamad Helmi B Abdul Rahman

Umur  : 26 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Helmi merupakan seorang penternak kambing untuk dipasarkan kepada penduduk setempat. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah kambing untuk akikah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai

 

2.Usahawan menjual barang secara Online

Nama : Salwani Bt Shafie

Umur  : 29 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Usahawan Salwani Shafie merupakan seorang usahawan menjual barang kesihatan, kecantikan secara Online. Beliau menggunakan internet sebagai salah satu platform untuk menjual barang barang tersebut. Beliau membuka gerai secara kecil kecilan di hadapan rumah serta menjual secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat mempromosikan produk di serata negeri. Pembeli juga boleh didapati dari pelbagai pelusuk negeri.