1.USAHAWAN PENTERNAK KAMBING UNTUK DIJUAL

Nama : Fatin Amira Bt Zain

Umur  : 26 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Usahawan Fatin merupakan seorang usahawan menjual produk kecantikan secara kecil kecilan. Selepas beberapa tahun beliau menjual barang online, beliau bertekad untuk mengeluarkan produk sendiri setelah mempunyai modal untuk mengeluar produk. Kini, beliau merupakan pengeluar produk yang dilabel sebagai Magis Skin Serum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat mempromosikan produk di serata negeri. Pembeli juga boleh didapati dari pelbagai pelusuk negeri

 

2.USAHAWAN PERSONAL SELLER RAK BUNGA (SURPRISE PLANNER)

Nama :Nur Syafiqa Bt Awang Abu

Umur  : 23 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Nur Syafiqa merupakan seorang ‘personal seller’ Rak Bunga. Rak Bunga menjalankan perniagaan servis mengubah bunga dalam pelbagai jenis yang merangkumi bunga tangan untuk majlis teristimewa, jambangan bunga untuk majlis harijadi dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.