1.USAHAWAN MENJUAL BARANG MAKE UP

Nama : Zainatul Aqmar Ismail

Umur  : 25 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Usahawan Zainatul merupakan seorang usahawan menjual produk kecantikan secara kecil kecilan. Beliau sering ke PI1M Bukit Raya Dalam untuk memuat turun produk di laman sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau tidak memberangsangkan kerana beliau tidak mempunyai Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan internet, beliau dapat mempromosikan produk di serata negeri. Pembeli juga boleh didapati dari pelbagai pelusuk negeri

 

2.USAHAWAN MAKE UP ASSISTANT, MENJUAL BARANG MAKE UP.

Nama : Nur Syafiqah Abd Hamid

Umur  : 25 Tahun

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Syafiqah merupakan seorang Make Up Assistant (MUA) sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau baru menceburi bidang tersebut setelah menonton tutorial make up di beberapa sosial media seperti Facebook, Youtube dan Instagram. Beliau sering datang ke PI1M untuk menonton tutorial tersebut. Setelah beberapa kali mencuba, beliau memuat naik hasil make up di Facebook dan hasil make up beliau dapat pujian ramai. Bermula dari situlah beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan untuk make up lebih luas

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan produk kepada orang ramai