1.USAHAWAN RESTOREN MAKANAN

Nama : Mohamad Hafis Bin Ibrahim

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Mohamad Hafis Bin Ibrahim juga dikenali sebagai ‘Hapis Seringgit’. Beliau merupakan lepasan universiti dan sudah berkahwin. Beliau mengusahakan perniagaan bersama isterinya pada awal perkahwinan mereka sebagai sumber rezeki

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengendalikan perniagaan berasaskan makanan menggunakan konsep kedai/mini restoren serta mengambil tempahan catering kenduri kecil-kecilan melalui hasil kenalan rakan-rakan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hafis telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 4-5 ribu sebulan tanpa menggunakan sijil pengajian beliau. Beliau seorang graduan dalam sijil perhotelan dan telah mengaplikasikan kemahiran beliau dengan membuka mini restoran ‘Hijau Kuning’ di hadapan rumahnya berhampiran dengan PI. Beliau menyediakn makanan pagi berasaskan nasi lemak berlauk, makanan tengahari aneka lauk dan makan goreng pada waktu petang. Beliau juga mengambil order catering kecil-kecilan menggunakan Facebook. Beliau mempromosi catering menggunakan aplikasi media sosial.

 

2.USAHAWAN BOUQUET ATAU LEBIH DEKNALI SEBAGAI GUBAHAN BUNGA 

Nama :Nurul Afidah Bt Mat

 Umur : 28 Tahun

Ahli : 2015

Latar belakang

Usahawan muda yang berumur 25 tahun dan berasal dari Kg. Tok Besah ini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir 2 tahun menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual bouquet cokelat seta gubahan bunga pengantin yang sering mendapat tempahan memlalui facebook dan whatsapp

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengendalikan perniagaan ini dengan membantu jiran-jiran serta saudara-mara untuk membuat tempahan bunga gubahan pengantin. Setelah bertemu dengan Petugas PI untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau telah memulakan bisnes baharu iaitu perniagaan Bouquet Coklat untuk tempahan hari jadi, hadia perpisahan, kejutan dan pelbagai lagi,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan.  Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook