CELIK IT

 Nama: Siti Khadijah bt Khairul Anuar

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2016

Latar belakang

Khadijah merupakan lepasan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Pendang. Beliau ingin melanjutkan pelajaran di institut kemahiran tinggi tetapi menurutnya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat. Oleh hal yang demikian, beliau ingin mempelajari asas komputer di Pusat Internet  sebelum melangkah ke arah yang lebih jauh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Bukit Raya Dalam, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, seperti memohon peluang pengajian secara online.