1.Usahawan Ameera Cosmetic

Nama : Nur Ameera Bt Zikir

Umur : 27 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Ameera merupakan seorang usahawan yang mengeluarkan produk berasakan kosmetik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, Ameera menjual produknya di tempat kerja sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Wechat, dan Instagram.

 

2.Usahawan Membuat Pelbagai Sticker

Nama : Khairul Affandi Bin Alias

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2018

 

 

Latar belakang

Khairul Affandi merupakan seorang Pembantu Makmal Sekolah. Beliau menambah pendapatannya dengan membuat Perniagaan menjual pelbagai sticker.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan sticker beliau dalam scala yang kecil sahaja, melalui kawan-kawan. Pada permulaan perniagaan beliau tidak mempunyai pendapatan yang melebihi seribu ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, perniagaan beliau dapat mencecah ribu dalam masa sebulan. Beliau mempelajari cara mempromosikan stickernya melalui media sosial seperti Facebook, WhatssApp, Telegram, dan Instagram.