1.Usahawan Produk Makanan Basah

Nama :Bariyyatul Bushro Bt Rahim

Ahli : 2019

Umur : 28 Tahun

 

Latar belakang

Puan Bushro merupakan seorang usahawan membuat makanan yang terkenal sebagai “Lasagna Menggelupoq”. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Untuk menambah pendapatan keluarga, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menjual lasagna. Beliau menjual lasagna tersebut melalui mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering datang ke PI Bukit Raya Dalam untuk mencari maklumat berkaitan dengan perniagaan beliau. Petugas membantu beliau mengembangkan perniagaannya. Petugas mengajar beliau cara mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

 

2.Usahawan Muda Bidan Kampung

Nama : Nur Khalidah Bt Abdullah 

Umur : 28 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Khalidah merupakan seorang bidan kampung yang terlatih. 

penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, Puan Aida mengurut jiran-jirannya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI, tawaran beliau untuk mengurut ibu berpantang dan sebagainya lebih meluas. Beliau juga menerima tawaran untuk menjaga ibu berpantang di Kuala Lumpur setelah mempromosikan di Media Sosial dengan bantuan petugas PI