1.Usahawan Kuih Mazola Kacang Hijau

Nama : Noor Aida binti Yasin

Ahli : 2019

Umur : 34 Tahun

Latar belakang

Puan Aida merupakan seorang usahawan kecil-kecilan. Beliau menjual Kuih Mazola di tempat kerjanya sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, Puan Aida menjual produknya di tempat kerja sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran. Beliau menjadikan Internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti Facebook.

2.Usahawan Laksam Kelantan

Nama : Armita Binti Ludin

Ahli : 2019

Umur : 36 Tahun

Latar belakang

Armita merupakan seorang surirumah yang berasal dari Kelantan yang menetap di Kampung Bukit Raya Dalam. Beliau merupakan seorang usahawan menjual laksam Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan secara mulut ke mulut

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, perniagaan beliau dapat mencecah ratus ringgit dalam masa sebulan. Beliau mempelajari cara mempromosikan perniagaannya melalui media sosial seperti Facebook, WhatssApp, Telegram, Instagram.