1.Usahawan Minuman Viral

Nama : Nur Irdina Binti Rashdi

Ahli : 2020

Umur : 18 Tahun

 

Latar belakang

Irdina merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Beliau sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan mencari pendapatan sendiri sambil menunggu keputusan peperiksaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Irdina tidak mempunyai perancangan untuk menceburi bidang perniagaan kerana beliau tidak tahu cara mempromosikan barang yang akan dijual

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas PIK Bukit Raya Dalam memberi beberapa tips untuk berniaga serta mengajar beliau cara mempromosikan di media social seperti Instagram. Irdina menceburi bidang perniagaan setelah diberi tunjuk ajar oleh petugas.

 

2.Usahawan Perfume Yukha

Nama : Nur Syuhada Binti Omar

Ahli : 2020

Umur : 20 Tahun

 

Latar belakang

Nur Syuhada merupakan seorang pelajar Polimas, Kedah. Antara salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah Nur Syuhada adalah beliau diminta untuk menjual barang secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan secara mulut ke mulut

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, beliau sering ke PIK Bukit Raya Dalam untuk belajar cara mempromosikan barang menggunakan social media.