Kedah E-Tutor merupakan sebuah perkhidmatan tuisyen online yang dibina oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang Matematik tambahan dan Fizik kepada pelajar sekolah khususnya bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Laman web ini dibina oleh  pasukan tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun. 
Kaedah pengajaran langkah demi langkah ini jelas digambarkan dengan penggunaan peta minda, aplikasi dan kepelbagaian contoh. Dengan adanya tenaga pengajar yang luas pengalaman dalam mengendalikan seminar, bengkel dan tutorial, program ini sedikit sebanyak dapat memahami kelemahan dan keperluan pelajar. Jika terdapat sebarang keraguan, pelajar boleh menghubungi tenaga pengajar melalui emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Untuk pendaftaran pelajar perlu melayari laman portal http://www.kedah-etutor.com/ . Klik butang “Daftar” di atas atau butang “Mula Belajar” di menu, dan isikan maklumat yang diperlukan kemudian pelajar akan menerima e-mel dengan pautan untuk pengesahan pendaftaran.
Melalui program ini,  diharap para pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah sama ada dirumah atau dimana sahaja memandangkan kemudahan internet kini begitu meluas di negara kita.