Perigi ini mendapat nama berikutan tempat ini yang sering menjadi tempat gajah bertandang dan mandi di sekitar Pendang.Apa yang menarik tentang perigi ini adalah, ia tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Dikatakan bahawa perigi ini menjadi sumber bekalan air bersih utama kepada penduduk kawasan Pendang sewaktu kemarau panjang.
Terletak di tengah pekan Pendang Jalan ke Sg.Tiang bersebelahan dengan Balai Polis Pendang. Ianya menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang.Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kermarau di mana lain lain perigi kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih dari kerajaan.