Nama acara / program

Program KDB Online Grooming Bersama Siswa Pismp Semester 3 Dan 8

Lokasi

Dewan Munsyi, Ipg Kampus Sultan Abdul Halim

 

Program Advokasi Klik Online Grooming

 

Tujuan program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.

 

Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan PI1M yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.

 

Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.

 

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak Online Grooming

Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.

 

Kebaikan / kelebihan aktiviti

1      Mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di kalangan komuniti setempat.

2      Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran ICT dikalangan penduduk luar bandar.

3      Memberi kesedaran ICT tentang maklumat peribadi melalui ceramah KDB.

4      Mewujudkan hubungan akrab antara petugas  dengan penduduk setempat.

5      Memberi pendedahan kepada komuniti terhadap asas penggunaan komputer serta ilmu keusahawanan.

6      Memberi maklumat tentang bahayanya Media Sosial tanpa pengawasan orang dewasa