Program kesedaran awam keselamatan internet yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna. Mesej program Klik Dengan Bijak adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Pusat Internet merupakan salah satu agen penyampaian maklumat tentang keselamatan internet kepada komuniti melalui Program Klik Dengan Bijak dengan mengadakan kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan program komuniti. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jenayah siber di negara ini.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/63-program-klik-dengan-bijak#sigFreeIdf1275d9273