Tarikh  : 2 September 2024

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat :NADI Pondok Chegar

Peserta :Tabika Dan Komuniti

 

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugasNADI dan memberi semangat dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke 67 tahun supaya pelajar dapat menghayati hari kemerdekaan dengan slogan Jiwa Merdeka

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti membuat kolaj,kuiz,teka silang kata,kerusi muzik dan memberi taklimat berkenaan klik dengan bijak.Selain itu juga peetandingan busana merdeka juga diadakan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  : 9 September 2024

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat : PRA Sri Islah Pendang               

Peserta : PRA Sri Islah Pendang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar sekolah  dalam bidang sains,matematik serta kejuruteraan.Selain itu, ia dapat mengalakkan serta menarik minat pelajar sekolah terhadap matapelajaran matematik dan sains dan Akhir sekali dapat mewujudkan satu generasi sihat dengan mewujudkan rsa seronok dikalangan pelajar sekolah melalui penghasilan aktiviti ''hands on''.

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti mewarna online mengunakan tab dan puzzle rekabentuk.kanak-kanak tabika juga membuat aktiviti e-learning menggunakan komputer dan akhir sekali membuat aktiviti STEM.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  : 20 Ogos 2024

Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : NADI Bukit Raya Dalam

Peserta : Lepasan Sekolah

 

Tujuan

Petugas  memberi pendedahan tentang cara untuk setup laptop yang baru dengan memuatkan aplikasi yang akan digunakan dalam laptop tersebut.Selain itu juga petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan laptop dan penjagaan laptop untuk mengelakkan daripada terkena virus.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat setup tersebut dan cara untuk memuat aplikasi yang akan digunakan dalam laptop tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 27 Ogos 2024

Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat : NADI Bukit Raya Dalam

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Jadual rajah mengunakan kotak (Table).Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan dengan klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh  : 17 Ogos 2024

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Masjid Sultanah Haminah

Peserta : Komuniti

 

Tujuan

Petugas memberikan taklimat tentang perkhidmatan yang dijalankan di NADI kluster pendang.Petugas juga membuat aktiviti berkaitan ICT dan KDB.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas NaDi dengan komuniti.

Aktiviti

🏷️ Pameran fungsi dan perkhidmatan NADI
🏷️ Pertandingan Teka Bendera Jalur Gemilang
🏷️ Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB)
🏷️ ⁠E-pembelajaran (Tablet) :
       Word Search
        ABCya
🏷️Softskills :
        Dot To Dot
        Maze - Run Out