Tarikh : 26 Mei 2024 Masa : 10.00 Pagi - 1.30 Tengahari Tempat : PKD Tanjung Setul Peserta : Usahawan |
Tujuan
Rakan Digital memberi pendedahan tentang pendaftran akaun shopee seller untuk menjual produk didalam shopee.Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mempamerkan produk dan kaedah untuk membuat mengeposan produk apabila menerima jualan.Selain itu juga rakan digital memberi tunjuk ajar mengenai tiktokseller dan affliate untuk menjana pendapatan.usahawan diajarkan cara membuat akaun tiktok seller dan memasarkan produk didalam tiktok tersebut.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat akaun shopee seller dan tiktok seller mengikut klasifikasi yang dikehendaki bagi membolehkan pendaftaran dibuat berjaya untuk memasarkan produk yang hendak dipasarkan.
Tarikh : 24 Mei 2024 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : NADI Bukit Raya Peserta :Seorang Wanita |
Tujuan
Seorang wanita ingin mendaftarkan anaknya untuk ke darjah satu secara online.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk memasuki sesawang Sistem Pengurusan Sekolah untuk pendaftaran darjah satu secara online.Setiap bahagian perlu diisi supaya maklumat yang diterima oleh pihak sekolah memudahkan pendaftaran dilakukan.
Tarikh : 16 Mei 2024 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Kampung Kepala Bukit,Tobiar Peserta : Komuniti |
Tujuan
Petugas memberikan taklimat tentang perkhidmatan yang dijalankan di NADI kluster pendang.Petugas juga membuat aktiviti berkaitan ICT dan KDB.Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas NaDi dengan komuniti.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti ICT dan KDB serta memberikan cenderahati kepada pemenang.Selain itu kepada peserta yang mendaftarkan ahli dengan bayaran RM 5.00 juga diberikan cenderahati.
Tarikh : 21 Mei 2024 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : NADI Pondok Chegar Peserta : Tabika Perpaduan Padang Peliang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar sekolah dalam bidang sains,matematik serta kejuruteraan.Selain itu, ia dapat mengalakkan serta menarik minat pelajar sekolah terhadap matapelajaran matematik dan sains dan Akhir sekali dapat mewujudkan satu generasi sihat dengan mewujudkan rsa seronok dikalangan pelajar sekolah melalui penghasilan aktiviti ''hands on''.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti mewarna online mengunakan komputer dan puzzle rekabentuk.kanak-kanak tabika juga membuat aktiviti e-learning menggunakan komputer dan akhir sekali membuat aktiviti STEM.
Tarikh : 10 Mei 2024 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : NADI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word kepada pelajar untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru iaitu berkaitan Perniagaan.Selain itu, pelajar juga diberikan ujian online oleh guru untuk mendapatkan sijil berkaitan kursus tersebut.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam membuat tugasan mencari sumber perniagaan mengikut klasifikasi yang dikehendaki oleh guru mereka.