Tarikh : 1 Febuari 2024 Masa : 10.00 Pagi - 4.30 Petang Tempat : PEDI Sungai Korok Peserta : Pengurus PEDI dan RD |
Tujuan
Meeting ini diadakan bertujuan untuk membincangkan program Hari Bersama Komuniti yang akan dijalankan pada awal bulan Mac 2024. Setiap PEDI kluster Pendang dan Sik akan berkumpul melakukan Program Hari Bersama Komuniti di PEDi Sungai Korok. Perbincangan untuk membuat aktiviti yang akan dijalankan pada program tersebut dan membuat surat jemputan untuk agensi yang terlibat.
Aktiviti
Membincangkan program yang akan dijalankan serta aktiviti yang dilakukan pada program tersebut.Membahagikan tugas mengikut tugasan masing-masing.
Tarikh : 29 Januari 2024 Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang Tempat : SMK Syed Ibrahim Padang Pusing Peserta :Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas PEDi dengan pelajar sekolah dan memberi taklimat dan advokasi KDB (Keselamatan Siber) kepada pelajar serta mempromosikan membuat aktiviti berkaitan ICT dan STEM.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti berasaskan teknologi maklumat seperti kuiz online, silang kata dan memberi taklimat berkenaan keselamatan siber iaitu menggunakan internet secara berkhemah dan selamat. Selain itu juga pelajar membuat aktiviti STEM dengan membuat rekabentuk mengunakan alatan yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh : 13 Januari 2024 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi ABCya untuk digunakan sebagai pembelajaran.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti mewarna dengan menggunakan aplikasi ABCya supaya dapat mewarna dengan kemas dan cantik.selain itu juga pelajar dapat bermain puzzle dan menjawab beberapa soalan yang terdapat di dalam ABCya.
Tarikh : 15 Januari 2024 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi Jigsaw Puzzle dan ABCya untuk digunakan sebagai pembelajaran.Dengan pembelajaran ini dapat meningkat iq pelajar tersebut untuk berfikir untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Aktiviti
Petugas membuat aktiviti mewarna dengan menggunakan aplikasi Jigsaw Puzzle bagi membolehkan pelajar menyelesaikan susur atur puzzle tersebut dan petugas juga membuka aplikasi ABCya supaya dapat mewarna dengan kemas dan cantik.selain itu juga pelajar dapat menjawab beberapa soalan yang terdapat di dalam ABCya.
Tarikh : 12 Januari 2024 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : PEDI Bukit Raya Dalam Peserta : Wanita |
Tujuan
Seorang wanita menggunakan kemudahan internet yang disediakan bagi menjalani peperiksaan online SPA .Selain itu dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Petugas dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar dalam menggunakan komputer bagi tujuan menjalani peperiksaan online SPA tersebut.