Pada 24 dan 25 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsungnya PROGRAM JELAJAH JEJAK DIGITAL KEDAH 2015 bagi peringkat di Pekan Sik, Kedah. Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM), MSD Digital Intelligence SDN BHD, dan Pusat Internet seluruh negeri Kedah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi baru Dashboard kepada orang ramai disamping memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penggunaan internet secara berfaedah. Pelbagai gerai usahawan dan booth dibuka pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut termasuklah pertandingan mewarna, muslimah anggun, dekorasi kek dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Belantik iaitu Encik Tajuddin Bin Abdullah.
http://bukitraya.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti?start=350#sigFreeIdc62d30e21a