Tarikh | 4 Januari 2018 |
Masa | 11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | Pi1m Bukit Raya Dalam |
Peserta | Seorang Lepasan Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoftword kepada pelajar. Selain itu juga dengan pembelajaran ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar tentang fungsi yang terdapat dalam Microsoftword supaya dapat dikelpasti dan digunakan dengan baik.Petugas juga memberi penerangan juga tentang kaedah penggunaan Microsoftword.
Nama acara / program
Majlis Bacaan Yassin
Tarikh & Masa
30 Disember 2017
( 3.00 Petang - 6.00 Petang)
Tujuan
Majlis bacaan yassin ini diadakan untuk memberi kesejahteraan dan kesembuhan kepada petugas Pusat Internet 1Malaysia yang menerima ujian dari Allah S.W.T.
Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dengan Petugas.
Nama acara / program
Kelas Microsoft PowerPoint
Tarikh & Masa
12 Disember 2017
( 2.00 Petang - 4.00 Petang)
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan microsoft powerpoint kepada pelajar. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya nanti dapat digunakan dalam sesi pembelajaran akan datang. Selain itu juga dengan pembelajaran ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Nama acara / program
Kelas Tayangan Video Klik Dengan Bijak
Tarikh & Masa
27 Disember 2017
( 2.00 Petang - 4.00 Petang)
Tujuan
Tayangan Video ini ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara penggunaan internet secara bijak supaya tiada ada peyalahgunaan internet dimasa akan datang dan dapat membantu pelajar supaya berhati-hati dalam melayari internet supaya tidak terjebak dengan laman sosial yang tidak berfaedah.
Nama acara / program
Program Klik Dengan Bijak Sempena Karnival Kepenggunaan Di Mini Stadium Pendang
Tarikh & Masa
2 Disember 2017 - 3 Disember 2017
( 9.00 Pagi - 6.00 Petang)
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan PI1M yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti
Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.
Aktiviti Sokongan : Kuiz KDB, Bowling ICT Padang Dan Dam Ular