Getah merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk Pendang, Kedah. Kebanyakan penduduk Pendang dikawasan Mukim Tobiar, Mukim Ayer Putih, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Padang Pusing memiliki kebun getah sendiri. Hasil getah yang diperoleh akan dikumpul didalam guni kemudian dibawa ke kilang untuk diproses.

Pembangunan dan penyelidikan getah adalah dibawah Pihak Kuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Malaysia (RISDA) yang ditubuhkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memastikan pasaran getah terus kekal serta menjaga kebajikan penoreh dan pengusaha kebun getah.

Fungsi RISDA :

 - Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang     Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

 - Mengurus dan mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

 - Merancang dan melaksana segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

PEJABAT RISDA NEGERI DAN DAERAH (PENDANG)

Pejabat RISDA Daerah Kota Setar/
Kubang Pasu/Pendang/Langkawi
Tingkat 3 & 4, Bangunan RISDA Negeri,
Jalan Telok Wanjah,
05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7342161, 04-7342162
Faks : 04-7331355

POKOK GETAH

Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.

Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau sentiasa banjir.

Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut.

Sumber : http://www.risda.gov.my dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getah